Monday 3 September 2012

1. SURAH Al-Fatihah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

 

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
[2]
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
[4]
Yang Menguasai hari Pembalasan.
[5]
Hanya engkaulah Yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah berikan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat.
1. SURAH Al-Fatihah