Wednesday 15 August 2012

74. SURAH Al-Muddaththir

74. SURAH Al-Muddaththir
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Wahai orang yang berselimut!
[2]
Berdirilah dan berikanlah amaran.
[3]
Dan agungkanlah Tuhanmu.
[4]
Dan bersihkanlah pakaianmu.
[5]
Dan tinggalkanlah segala yang keji.
[6]
Dan janganlah engkau memberikan bantuan untuk mendapat lebih.
[7]
Dan kerana Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar!
[8]
Dan apabila telah ditiupkan sangkakala,
[9]
Maka itulah hari yang sukar,
[10]
Kepada orang-orang yang kafir, tidak mudah.
[11]
Biarkanlah Aku sahaja bersama orang yang Aku sendiri menciptakannya,
[12]
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang melimpah,
[13]
Dan anak-anak yang sentiasa hadir.
[14]
Dan Aku memudahkan baginya dengan semudah-mudahnya.
[15]
Kemudian dia teringin sangat agar Aku tambahkan lagi.
[16]
Ketahuilah! Sesungguhnya dia terhadap ayat-ayat Kami, berdegil.
[17]
Aku akan meliputikannya dengan pendakian yang amat sukar.
[18]
Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menentukan.
[19]
Oleh itu, binasalah dia! Bagaimanakah dia berani menentukan?
[20]
Sekali lagi. Binasalah dia! Bagaimanakah dia berani menentukan?
[21]
Kemudian dia memerhatikan lagi.
[22]
Setelah itu dia berwajah masam dan berkerut.
[23]
Kemudian dia berpaling dan berlaku sombong,
[24]
Dan dia berkata “Ini tidak lain hanyalah sihir yang ditiru.
[25]
Ini tidak lain hanyalah kata-kata manusia!”
[26]
Kelak Aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar.
[27]
Dan apakah yang akan membuat kamu mengetahui apakah Saqar itu?
[28]
Ia tidak meninggalkan sisa, dan tidak juga membiarkannya.
[29]
Yang terus-menerus membakar kulit manusia!
[30]
Ke atasnya sembilan belas (pengawal).
[31]
Dan Kami tidak jadikan pengawal-pengawal neraka tersebut melainkan malaikat. Dan Kami tentukan pula bilangan mereka hanya sebagai ujian bagi orang-orang yang kafir, supaya orang-orang yang diberikan Kitab bertambah yakin, dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya. Dan juga supaya orang-orang yang diberikan Kitab dan orang-orang beriman tidak ragu-ragu. Dan supaya orang-orang yang terdapat penyakit di dalam hatinya dan orang-orang yang kafir berkata “Apakah yang Allah kehendaki dengan perumpamaan ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tiadalah yang mengetahui bala tentera Tuhanmu melainkan Dia sahaja. Dan tidaklah ia melainkan Peringatan bagi manusia.
[32]
Dan demi bulan,
[33]
Dan malam apabila berlalu,
[34]
Dan subuh apabila mula terang-benderang,
[35]
Sesungguhnya ia benar-benar salah satu yang teragung,
[36]
Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
[37]
Bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju atau tinggal di belakang.
[38]
Tiap-tiap diri, tidak terlepas dari apa yang dikerjakannya,
[39]
Melainkan puak Kanan,
[40]
Di dalam Taman, sambil bertanya-tanyaan,
[41]
Mengenai orang-orang yang bersalah,
[42]
“Apakah yang membawa kamu ke dalam Saqar?”
[43]
Mereka menjawab “Kami tidak termasuk dari orang-orang yang mendirikan sembahyang.
[44]
Dan kami tidak memberi makan kepada orang-orang yang miskin.
[45]
Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian dalam perbualan sia-sia, bersama orang-orang yang memperkatakannya.
[46]
Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
[47]
Sehinggalah kami didatangi yang pasti”
[Kematian]
[48]
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat, pemberi syafaat.
[49]
Dan apakah yang mereka peroleh daripada (perbuatan) berpaling dari peringatan?
[50]
Seolah-olah mereka itu sekawan keldai liar yang ketakutan,
[51]
Melarikan diri dari sang singa!
[52]
Bahkan tiap-tiap seorang di antaranya teringin benar agar diberikan kepadanya lembaran-lembaran terbuka.
[53]
Ketahuilah! Bahkan mereka tidak takut kepada akhirat.
[54]
Ketahuilah! Sesungguhnya ia adalah sebuah Peringatan.
[55]
Dan sesiapa yang menghendaki, tentulah dia akan mengambil pengajaran daripadanya.
[56]
Dan tidaklah akan mengambil pengajaran melainkan dengan izin Allah. Dialah Tuhan yang berhak ditakuti, dan berhak mengampuni.