Wednesday 18 July 2012

99. SURAH Az-Zalzalah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gempa buminya,
[2]
Dan bumi mengeluarkan apa yang dikandungnya,
[3]
Dan berkatalah manusia “Apakah yang sudah terjadi kepadanya?”
[4]
Pada hari itu ia akan menceritakan khabar beritanya,
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahkannya.
[6]
Pada hari itu manusia akan berselerak keluar untuk diperlihatkan kepada mereka amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya juga!