Wednesday 18 July 2012

90. SURAH Al-Balad

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Aku bersumpah dengan negeri ini.
[2]
Sedang engkau bebas di negeri ini,
[3]
Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya.
[4]
Sesungguhnya Kami jadikan manusia itu sentiasa dalam keadaan susah payah.
[5]
Patutkah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang berkuasa di atasnya?
[6]
Dia berkata “Aku telah menghabiskan harta benda yang banyak”
[7]
Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya?
[8]
Tidakkah Kami telah menjadikan baginya, dua mata,
[9]
Dan lidah dan dua bibir?
[10]
Dan menunjukkan kepadanya dua jalan?
[11]
Tetapi dia tidak menempuh jalan yang curam.
[12]
Dan tahukah kamu apakah jalan yang curam itu?
[13]
(Iaitu) memerdekakan hamba abdi.
[14]
Atau memberi makan pada hari terjadinya kelaparan.
[15]
Kepada anak yatim dari kaum keluarga.
[16]
Atau kepada orang miskin yang sangat fakir.
[17]
Selain itu, dia turut menjadi dari kalangan orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan kepada kesabaran dan berpesan-pesan untuk berkasih sayang.
[18]
Merekalah golongan puak kanan.
[19]
Dan orang-orang yang ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan puak kiri.
[20]
Mereka berada di dalam neraka yang ditutup rapat.