Wednesday 15 August 2012

86. SURAH At-Tariq

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Demi langit dan At-Tariq.
[2]
Dan apakah yang akan membuat kamu mengetahui apakah At-Tariq itu?
[3]
Iaitu bintang yang bersinar tajam.
[4]
Tiada satu diri pun melainkan ke atasnya, penjaga.
[5]
Dan hendaklah manusia memerhatikan daripada apakah dia diciptakan.
[6]
Dia diciptakan daripada air yang terpancar,
[7]
Yang keluar dari tulang sulbi dan tulang dada.
[8]
Sesungguhnya Dia juga Maha Kuasa untuk mengembalikannya,
[9]
Pada hari didedahkan segala rahsia,
[10]
Kemudian tidak ada baginya sebarang kekuatan, dan tidak pula sebarang penolong.
[11]
Demi langit yang mengembalikan,
[12]
Dan bumi yang merekah,
[13]
Sesungguhnya ia adalah Perkataan muktamad.
[14]
Dan bukanlah ia untuk gurauan.
[15]
Sesungguhnya mereka merancangkan tipu daya,
[16]
Dan Aku pula merancangkan suatu rancangan.
[17]
Oleh itu, berikanlah tempoh kepada orang-orang yang kafir itu. Berikanlah tempoh kepada mereka sedikit waktu.