Wednesday 15 August 2012

81. SURAH At-Takwir

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Apabila matahari digulung.
[2]
Dan apabila bintang-bintang berjatuhan.
[3]
Dan apabila gunung-ganang dihancurkan.
[4]
Dan apabila unta-unta yang mengandung terbiar.
[5]
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan.
[6]
Dan apabila lautan meluap-luap.
[7]
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan (dengan rohnya).
[8]
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya,
[9]
Kerana dosa apakah dia dibunuh?
[10]
Dan apabila lembaran-lembaran (amal) dibentangkan.
[11]
Dan apabila langit ditanggalkan.
[12]
Dan apabila neraka Jahim dinyalakan.
[13]
Dan apabila Syurga didekatkan.
[14]
Tiap-tiap diri akan mengetahui mengenai apa yang telah dikerjakannya.
[15]
Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang-bintang.
[16]
Yang beredar dan menghilang.
[17]
Dan malam, apabila ia meninggalkan,
[18]
Dan siang, apabila ia bernafas.
[19]
Sesungguhnya ia, benar-benar Kalamullah (yang disampaikan Jibril) Utusan yang mulia,
[20]
Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Tuhan yang mempunyai Arasy,
[21]
Yang ditaati, lagi dipercayai.
[22]
Dan bukanlah sahabat kamu itu, seorang yang gila.
[23]
Dan demi sesungguhnya, dia (Nabi Muhammad s.a.w) telah melihatnya di kaki langit yang nyata.
[24]
Dan dia bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib.
[25]
Dan ia bukanlah Perkataan syaitan yang direjam.
[26]
Dan ke manakah kamu hendak pergi?
[27]
Ia tidak lain hanyalah sebuah Peringatan untuk seluruh dunia.
[28]
Bagi sesiapa di antara kamu yang mahu mengambil jalan yang lurus.
[29]
Dan kamu tidak akan menghendaki, melainkan kehendak Allah, Tuhan semesta alam.