Wednesday 15 August 2012

75. SURAH Al-Qiamat

75. SURAH Al-Qiamat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat.
[2]
Dan Aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali!
[3]
Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan mengumpulkan tulang-tulangnya?
[4]
Bahkan Kami berkuasa menyusun semula hujung jari-jemarinya.
[5]
Bahkan manusia sentiasa menghendaki melakukan perbuatan maksiat di hadapannya sendiri.
[6]
Dia bertanya “Bilakah hari kiamat itu?”
[7]
Maka apabila pandangan menjadi silau,
[8]
Dan bulan menjadi gelap,
[9]
Dan matahari dan bulan dihimpunkan bersama,
[10]
Pada hari itu, berkatalah manusia “Ke manakah tempat melarikan diri?”
[11]
Ketahuilah! Tidak ada lagi tempat berlindung!
[12]
Pada hari itu, kepada Tuhanmulah tempat kembali.
[13]
Pada hari itu akan diberitakan kepada manusia mengenai apa yang telah dilakukannya, dan apa yang dilalaikan.
[14]
Bahkan manusia itu sendiri menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
[15]
Meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.
[16]
Janganlah engkau, kerana hendak cepat menghafalnya (Al-Quran) menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
[17]
Sesungguhnya ke atas Kamilah, pengumpulannya dan bacaannya.
[18]
Dan apabila Kami telah membacakannya, maka turutilah bacaannya itu.
[19]
Kemudian sesungguhnya ke atas Kamilah, penerangannya.
[20]
Ketahuilah! Bahkan kamu lebih suka yang segera.
[21]
Dan meninggalkan akhirat.
[22]
Muka pada hari itu, berseri-seri.
[23]
Kepada Tuhannya mereka melihat.
[24]
Dan muka pada hari itu, cacat,
[25]
Sambil berfikir bahawa mereka akan ditimpa kebinasaan.
[26]
Dan ketika ia telah sampai ke pangkal kerongkong,
[Nyawa]
[27]
Dan dikatakan “Siapakah yang akan mengubati?”
[28]
Sedang dia sendiri meyakini bahawa itulah saat perpisahan.
[29]
Dan bertautlah betis dengan betis.
[30]
Kepada Tuhanmulah pada hari itu engkau akan dibawa.
[31]
Dan dia tidak menerima kebenaran dan tidak pula dia mendirikan sembahyang!
[32]
Dan dia mendustakan, dan berpaling!
[33]
Dan dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong.
[34]
Kebinasaanlah kepadamu dan kebinasaanlah!
[35]
Dan Kebinasaanlah kepadamu dan kebinasaanlah!
[36]
Patutkah manusia menyangka bahawa dia akan ditinggalkan terbiar?
[37]
Bukankah dia berasal daripada setitis air mani yang dipancarkan?
[38]
Kemudian dia adalah sesuatu yang melekat, sesudah itu Dia menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya?
[39]
Kemudian Dia menjadikan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.
[40]
Tidakkah pula (Dia) berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati?