Wednesday 18 July 2012

96. SURAH Al-'Alaq

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,
[2]
Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah.
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
[4]
Yang mengajar melalui pena,
[5]
Dia mengajari manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]
Ingatlah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas,
[7]
Apabila melihat dirinya serba cukup.
[8]
Sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali.
[9]
Bagaimanakah pendapatmu mengenai orang yang melarang,
[10]
Seorang hamba Allah apabila dia mendirikan sembahyang?
[11]
Bagaimanakah pendapatmu sekiranya dia berada di atas petunjuk?
[12]
Atau dia menyuruh kepada ketakwaan?
[13]
Bagaimanakah pendapatmu pula sekiranya dia mendustakan dan berpaling?
[14]
Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat?
[15]
Ketahuilah! Sekiranya dia tidak berhenti, nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya,
[16]
Ubun-ubun pendusta lagi berdosa.
[17]
Kemudian biarkanlah dia memanggil kumpulannya,
[18]
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah!
[19]
Ingatlah! Janganlah menurutinya, dan bersujudlah dan rapatlah.