Wednesday 18 July 2012

94. SURAH Ash-Syarh

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu.
[3]
Yang memberati belakangmu,
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: reputasimu?
[5]
Maka sesungguhnya bersama kesukaran itu, kemudahan.
[6]
Sesungguhnya bersama kesukaran itu, kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai, maka bersungguh-sungguhlah berusaha,
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memberikan tumpuan.