Wednesday 15 August 2012

87. SURAH Al-A'la

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[1]
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi,
[2]
Yang telah menciptakan dan menyempurnakan.
[3]
Dan Yang telah menentukan dan memberikan petunjuk.
[4]
Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,
[5]
Kemudian Dia menjadikannya kering kehitaman.
[6]
Kami sentiasa menjadikan engkau dapat membaca supaya engkau tidak akan lupa,
[7]
Melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah. Sesungguhnya Dia mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.
[8]
Dan Kami tetap memberikan kemudahan kepadamu menuju kemudahan.
[9]
Oleh itu, berikanlah peringatan, mudah-mudahan peringatan itu berguna.
[10]
Orang yang takut (kepada Allah) akan menerima peringatan tersebut.
[11]
Dan orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
[12]
Iaitu orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar,
[13]
Yang dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak pula akan hidup.
[14]
Dan berjayalah orang yang membersihkan dirinya,
[15]
Dan sentiasa mengingati nama Tuhannya dan mendirikan sembahyang.
[16]
Bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia.
[17]
Padahal akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
[18]
Sesungguhnya (keterangan) ini juga terdapat di dalam Lembaran-lembaran yang terdahulu,
[19]
Iaitu Lembaran-lembaran Ibrahim dan Musa.